Paradigma

MENJUAL KE CHINA – GANDAKAN KEUNTUNGAN

Semasa saya hadiri satu ‘talk’ dari Co-Founder The Lorry di ILabs Sunway. Antara point penting yang beliau sampaikan “Menjual ke China”.

Ya kenapa tak eksport barang ke China? Takkan kita nak import saja dari China, sedangkan pasaran China lagi besar dari Malaysia.

Sepanjang saya berbisnes di China, saya ada perasan beberapa produk tempatan yang dipasarkan di China. Antaranya Liquid Vape buatan Malaysia. Boleh dikatakan pasaran Liquid Vape sangat besar di China. Ada pelbagai perasa yang ditawarkan, antara yang banyak adalah perasa buah-buahan tempatan 🙂

Di bawah ini ada beberapa perkara yang boleh kita fikir dan saya cadangkan, sebelum nak eksport barang ke China.

1- Populasi China terdapat 1.379 billion (2016). Ini adalah statistik pada tahun 2016. Tahun 2018? Pasti makin bertambah.

China terbahagi kepada 3 bahagian, yang mempunyai 5 bandar besar , setiap bandar mempunyai 10-23 juta orang. Manakala terdapat 83 bandar yang mempunyai penduduk 1-10 juta dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi terhadap produk luar negara.

Benda paling baik ialah, walaupun negara mereka besar, penduduk mereka celik IT dan kebanyakkan membeli melalui internet!. Ini adala peluang yang tak boleh dilepaskan oleh sesiapa pun.

2- Antara produk yang banyak diminta (demanding) adalah berkaitan dengan produk makanan. Di bawah ini saya ambil statik dari

  • Cereal  477%
  • Dairy, Eggs, Honey  402%
  • Sugar  395%
  • Meat & Seafood  278%
  • Coffee, Tea & Spices  199%
  • Alcoholic Beverages  175%
  • Cocoa  173%
  • Cereal & Milk Preparations  155%
  • Oil  54%
  • Other Food Preparations  150%

Sekarang ini yang tengah havoc adalah Durian. Orang china memang suka makan durian. Kalau pernah ke Guangzhou, ada sebuah kedai di area Beijing Lu yang khas jual produk durian. Ada aiskrim, ada durian creep, ada kek durian, dan makanan berasaskan durian. Durian yang digunakan pula dari durian D24.

Di satu kedai lain pula, ada jual Aiskrim durian D24 buatan Malaysia. 1 bungkus Rmb10, dalam RM6, memang lazat dan rasa penuh durian 🙂

Kerajaan Malaysia (sebelum PRU14) juga memang menggalakan eksport durian ke China. Eksport durian tak semestinya sebiji durian yang belum dikupas. Ada juga yang eksport durian beku (dah siap2 keluarkan isi dan masukkan dalam bekas) untuk dibuat aiskrim, kek dan creep.

Kalau berminat untuk sertai pasaran durian boleh rujuk di sini >> Durian

Selain dari Durian, ada banyak lagi produk yang boleh dieksport ke China. Dengan populasi yang sebesar itu, ada banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai.

2- Jangan tamak, katakan kita target hanya 1% dari populasi China. Jadi, sasaran pasaran menjadi 1.4 juta. Katakan kita dapat menjual 10% dari 1.4 juga, dengan keutungan bersih purata RM10. 140000 pelanggan x RM10 = RM1.4 juta. Tak perlu ambil besar sangat, kita ambil RM1.4 juta untuk setahun pun dah baik. 🙂 Tapi saya pasti boleh sasarkan RM1.4 juta itu utk setiap Quarter Tahunan.

Banyak kan?

3- Ikut peraturan. Sebelum nak eksport barangan ke China pastikan ikut peraturan negara tersebut. Terutama yang berkaitan dengan makanan dan tenusu.

Ada beberapa link yang saya sertakan di bawah untuk rujukan mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut. (kalau tak mahu pening-pening boleh dapatkan servis dari Pakar Borong. KLIK sini>> untuk dapatkan detail servis mereka)

1- AQSIQ – For Food & Beverage Exporters

Apabila anda berjaya mendapat pembeli untuk produk makanan dan minuman (F&B) anda. Pastikan anda dan pembeli mendaftar dengan Jabatan Kuarantin dan Kualiti China. Boleh rujuk sini untuk detail >>  http://ire.eciq.cn/

2- China Compulsory Certificate (CCC)

CCC ini macam SIRIM di Malaysia. Semua produk yang berkaitan dengan elektrik, elektronik, pengangkutan, komponen kenderaan, kesihatan, perubatan, bahan kimia untuk rumah dan permainan, dan beberapa item lain, mestilah mendapatkan kelulusan dari CCC.

3- China Food & Drug Admistration

Semua produk berkaitan dengan dadah, peralatan perubatan, suplement, mestilah mendapat kelulusan dari jabatan ini. (Pakar Borong boleh membantu anda dalam urusan ini juga)

4- China Custom Tariff & Tax Schedule

Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat dan detail mengenai cukai dan tarif yang dikenakan di China. Jangan sampai nanti anda ditangkap dan didenda pula!

Dan ada beberapa lagi peraturan dan undang-undang yang perlu diketahui sebelum masuk ke pasaran China. InsyaAllah kalau kita mula baik, pengakhiran juga baik. Jaangan awal-awal dah main bedal saja, nanti di tengah-tengah macam-macam masalah berlaku.

Menarik kan Pasaran China? Kalau berminat untuk pasarkan produk anda ke China secara serius. Boleh hubungi team Pakar Borong. InsyaAllah mereka boleh bantu.

KLIK di sini untuk dapatkan khidmat mereka >> PAKAR BORONG <<

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, dan boleh bantu orang lain. Share artikel ini di blog/ personal facebook anda. Semoga anda juga mendapat pahala kerana memudahkan urusan orang lain 🙂

 

Yussamir/ Melaka


please follow & share:
0

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suka artikel di Blog ini? Kongsikan pada orang lain juga :)

Scroll To Top