Paradigma

JANGAN ANIAYA PELANGGAN – TRIP BORONG CHINA

“Eh kau bukan baru Graduate ke? Dah nak buka Klinik sendiri?” Seorang kenalan nak buka klinik sendiri tanpa ada kerjasama dengan doktor yang berpengalaman.

“Takdelah….mana boleh. Sekurang-kurangnya aku kenalah ada pengalaman 10 tahun barulah nak buka klinik sendiri. Aku acah-acah je… Kalau ya pun aku nak buka, kenalah JV atau berpatner dengan doktor yang berpengalaman. Sebba tu ada undang-undang perkara ini. Kalau tak naya saja pesakit.”  Terang dia pada saya. Kami sama-sama gelak.

Teringat pula saya cerita ini banyak berlaku sekarang. Baru saja tahu buat iklan facebook, terus buat kelas Facebook dengan yuran beribu-ribu. Tak kurang juga, yang baru pertama kali pergi China memborong, sudah berani buka Trip Premium memborong di China.

Saya tak mahu sentuh isu atau bisnes lain. Cuma nak cerita sedikit pasal borong ke China ini dan kes-kes open trip.

Abang-abang adik-adik, China ini bukan kecil. Guangzhou itu saja dah mencecah 14 juta orang! Separuh dari Malaysia, untuk satu provinsi . Besar bang, bukan kecik anak ayam.

Pakarborong (salah satu syarikat trip borong kami) yang dah berpengalaman 4 tahun  (partner kami) itu pun belum ada tempat diterokai. Ini kan pula baru pergi 7 hari, sudah boleh buka trip Premium. INi bukan persoal rezeki yang Allah beri, ini soal Aniaya orang.

Bayangkanlah kita promote Premium Trip Ke China, ramai yang join. Sampai sana, pelanggan tanya itu ini, kelamkabutlah nak buka google bagai. Pelanggan tanya dekat mana nak buat VPN pun terhegeh2 call atau google. Bahaya bang. Kesian pelanggan.

Pelanggan punya expectation tinggi, sebab PREMIUM tetapi kita tak dapat deliver. Nak ke China itu kena kumpul duit, sekurang-kurangnya RM2600 termasuk flight ticket semua. Ada yang terpaksa ikat perut, dan ada yang terpaksa tinggalkan anak bini untuk ke China.

Memamng betul buat trip ini syok. Dapat duit segera, dalam masa yag sama boleh buat duit jual barang dari sana. Tapi sebagai peniagan FIKIR sikit tentang pelanggan yang ikut kita.

Carilah pengalaman dulu. Pergi berkali-kali, sekurang-kurangnya 5 kali ke china, dan pergi district yang berbeza. Dpaatkan banyak contact dan relationship dengan orang sana.

Lepas itu, barulah kita buat trip.

Saya berkongsi ini sebab saya perihatin. Saya suka saja anak muda kita buat bisnes tripke china, walaupun tumbuh bagai cendawan. Tapi pastikan kita betul-betul cukup ilmu dan pengalaman di sana.

Abang-abang adik-adik yang teringin nak belajar memborong dan memborong di China pun kena study dan reseach betul-betul sebelum bayar duit pakej. Pastikan orang yang bawa tu betul-betul ada pengalaman dan ilmu. Misalnya pakar borong, kami sudah 4 tahun berpengalaman, sudah ada relationship dengan orang sana, transportation punya arrangement, penginapan semuanya kami tahu.

Jangan sebab  pakej murah, kita bayar. Nanti sampai sana, banyak benda tak dapat….dan paling sadis kena tipu bab shipment.

Biar kita bayar itu berbaloi… semua urusan di China selesai dan sempurna. Paling utama, kita dapat banyak ilmu praktikal dan relationship dengna supplier di sana.

Banyak sebenarnya nak cerita ini…. Tapi nantilah dulu. InysaAllah saya akan kongsi lagi beberapa perkara sebelum korang nak memborong di China okay.

 

Pakarborong >> www.pakarborong.com

 

please follow & share:
0

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suka artikel di Blog ini? Kongsikan pada orang lain juga :)

Scroll To Top