Paradigma

TAWAKAL SUNGGUH-SUNGGUH

Saya berdebar-debar, tak senang duduk. Kepala dah mula pening, perut pula dah sebu-sebu. Tak tahu nak mengadu pada siapa, dan tiada tempat untuk meminta tolong. Bas bertolak jam 4.30 petang dari Melaka, hanya saya dan Mizan menjadi penumpang bas StarMart. Kami sangka, paling lewat pun kami sampai ialah jam 7 petang. Nasib baik saya dah awal-awal check in melalui website AirAsia. Okay. Pada mula memang rasa semuanya smooth sahaja, tanpa ada sebarang masalah. Yalah, dah banyak kali naik kapal terbang dah pergi banyak tempat kononnya dan sudah kali ketiga ke Bangkok.

 

Orang kata, panas disangka petang, rupanya hujan ditengahari yang perit dan membakar! Kami stuck dalam kesesakan bermula keluar dari tol ayer keroh, disebabkan ada sebuah Lori Trailer terbalik dan menutup jalanraya. Hanya Allah saja tahu bila Driver Bas beritahu yang semua kenderaan kena keluar dari highway ikut tol Simpang Ampat. Nak tak nak, bas kena lalu jalan lama, ikut Simpang Ampat dan keluar balik Highway ikut tol Pedas Linggi.

Saya dah tak boleh nak cakap apa-apa dah, badan dah tak sedap kepala pun dah pening. Mizan masih steady borak-borak dengan Driver. Sempat jugalah saya dengar, Uncle ini ada 8 orang anak, ada seorang jadi polis, dan dah 17 tahun duduk di Melaka.

“U okay lagi. Kawan awak seorang lagi ini, saya rasa bila sampai Airport baru dia senyum.”

Saya tersenyum kelat. Malas nak melayan.

Melangkah perlahan ke belakang bas. Duduk termenung dan mengharap simpati kot-kot bas ini boleh terbang!

Gila! Saya cuba tenangkan fikiran, positifkan diri dan minda. Mengangkat tangan, berdoa pada Allah.

Dalam keadaan macam ini, terus saya teringat cerita isteri. Masa belajar dulu, Atie pernah jumpa Ustaz DQ dia di UIA. Atie beritahulah yang dia nak pergi Haji, tapi takde duit. Secara spontan Ustaz dia beritahu, “Mintalah pada Allah.”

Ya, minta pada Allah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah Maha Besar. Mengatasi segala makhluk di dunia ini. Manusia terlupa semua ini bila dia ada segala keperluan dan kehendak. Mereka hanya akan teringat bila musibah atau kesusahan datang.

Saya termasuk dalam golongan manusia itu. Nak menangis pun ada waktu itu, tapi masih dapat tahan. Saya fikir macam-macam. Nak kena tambah duit bayar duit tiket lagi, nak bayar duit hostel lagi, dan paling utama Training Extravaganza herbalife saya!. Tapi bila teringat cerita isteri itu, saya terus positif.

Perlahan-lahan saya menangkat tangan, berdoa bersungguh-sungguh. Termasuklah saya berwasilah dengan nama-nama Allah dan kebaikan yang pernah saya buat (wasila =perantaraan. Wasilah begini adalah sunnah dan diajar oleh Rasulullah).

Waktu genting macam itu, ingatkan dah okay. Rupa-rupanya bila keluar tol Pedas, kami tersangkut lagi dekat kesesakan arah Senawang ke Seremban! Ya Allah, dah macam nak putus harap dah waktu itu. Korang boleh bayangkan, time itu dah jam 640 petang. Tinggal 2 jam lagi sebelum flight jam 8.50 malam. Uncle itu mula-mula optimis juga boleh sampai jam 7.30 petang. Tapi bila tersangkut lagi dekat Senawang, terus dia tak cakap apa-apa lagi. hahahaha! Tapi sangat-sangat respek pada Uncle ini, sebab dia bersungguh-sungguh nak bantu kami sampai dekat Airport. Macam nak peluk pun ada time itu, tapi saya sendiri dah tak keruan tengok jam.

Selepas berdoa, tawakal, saya mula gunakan saluran lain juga untuk ikhtiar. Antaranya, cek terma dan peraturan Air Asia berkaitan dengan kelewatan, dapatkan bar code check in, tweet Airasia, tweet askairsasia dan tweet Tony Fernandes. Tapi malangnya, manusia-manusia ini semua tidak mendengar dan membantu saya. Bertambah kuat dalam hati, bahawa dunia ini milik Allah dan Dia sahaja yang mendengar dan menguruskannya.

Masuk simpang ke KLIA sudah jam 8.10 malam. Apa yang korang boleh fikirkan kalau masuk simpang KLIA (bukan tol klia tau) saja sudah jam 8.10pm. Putus asa? Menangis? Marah-marah? Atau terjun dari bas?

Salah! Kuasa Allah, kami sampai jam 8.25pm (korang boleh bayangkan macammana uncle ini bawa bas. Dah macam nak terbang!). Sampai KLIA 2, terus berlari kaw-kaw laju, boleh bayangkan kami masuk Amazing Race atau kena rekrut Komando dekat Sungai Udang sambil membawa bag besar.

Terus berlari ke Gate Q7, check in dapatkan tiket dekat kaunter. okay nak ingatkan, bagi korang yang travel ke luar negara, gunakanlah kelebihan untuk buat webcheck in, dan dapatkan bar code di Handphone canggih korang. Bila sampai kaunter terus bagi bar code itu, dan diorang akan keluarkan tiket. Alhamdulila, kami bernasib baik sebba diorang masih baik hati nak keluarkan tiket walaupun hanya ada 20 minit lagi.

“Tapi kitorang tak janji awak boleh naik flight.” Kakak kaunter sound sopan.

“Jauh tak kak Gate Q7?” Saya malas nak layan, tapi nak tahu berapa jauh untuk saya dan mizan berlari lagi seperti Komando Bravo 7 skuad elit ATM Tentera di Raja Malaysia. Kelas kau!

“30 minit.” Selamba akak ini cakap.

“Mizan lari!” tak banyak cakap. Terus lari.

Alhamdulilah, tempat pemeriksaan imigresen lepas mudah. Tempat cop pasport mudah. Tempat pemeriksaan kedua juga mudah. Semua pegawai tersenyum tengok kitorang dah tak tentu arah. Terima kasih banyak-banyak sebab faham situasi kami ya pegawai semua.

Jarak dari kunter ke Gate 30 minit. Flight lagi 20 minit nak boading. Sekali lagi nak tanya, korang boleh bayangkan tak, macam mana kami berlari dengan bawa bag yang boleh tahan berat. Sampai saja dengan pintu Q7. Ada seorang lagi kakak cantik manis menunggu.

“Berdua saja kan? Meh passport dengan tiket.” Dengan rilek, selamba, dan senyum yang terserlah keayuannya.

Saya dan Mizan? Tercungap-cungap, kepala macam nak pecah tak cukup oksigen. Dah tak boleh nak senyum atau bercakap. Nak lompat kegembiraan pun tak boleh sebab serius memang penat gila dan sakit gila berlari macam nak gila. hahahah…

Dah lepas masuk, ada satu lagi kakak cantik tunggu depan pintu masuk kapal terbang. “Welcome. owh rilex. Breathing. Dont worry, both of you can fly with us.” Kelas kau, cakap omputih dengan anak minang.

“Alhamdulilah. Allah Maha Mendengar Mizan. Kita dapat belajar di herbalife Extravaganza Bangkok!” Saya jerit buat muka tak tahu.

TIPS TRAVEL:

  1. Check in siap-siap melalui webcheck in.
  2. Datang ke Airport 4 jam sebelum. Biar melepak dekat Airport asal jangan kena tambah duit nak bayar tiket lagi!
  3. Solat sunat Safar sebelum bergerak
  4. Kalau berhadapan dengan cabaran, terus doa dan minta yang terbaik pada Allah. Cari Allah dulu, bukan “Siapa eh aku nak minta tolong.”
  5. Tawakal kepada Allah 200%. Ingat manusia tiada kuasa dan mereka tidak mendengar anda sepertimana Allah yang Maha Mendengar.
  6. Positif dan carilah ibrah disebalik keadaan yang sedang dihadapi. Fikir Hikmah, yang kita sendiri tidak tahu, hanya Allah yang tahu.
  7. Bersangka baik dengan Allah.
  8. Bersangka baik dengan manusia
  9. usaha yang terbaik dengan pelbagai jalan selepas tawakal dengan Allah.
  10. Percaya bahawa Doa kita diterima dan didengari. InsyAllah kita dapat apa yang kita mahukan dari Allah 
  11. sentiasa menjadi Komando Bravo 7 bro! hahahaha

 

please follow & share:
0

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suka artikel di Blog ini? Kongsikan pada orang lain juga :)

Scroll To Top