YUSSAMIR'S (bro Yus)

“Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai Fikiran.” (QS. Shaad: 43)

JOM CUTI! PART #1

“Sayang jom cuti!” Saya beritahu isteri dekat dapur. Sudahlah tengah kecoh-kecoh siapkan anak-anak ke sekolah. Isteri saya buat tak tahu, mungkin dia ingat saya main-main.

“Nak tak?” Saya sambung lagi. Kali ini isteri saya baru berikan perhatian, lepas tengok saya beriya-iya.

“Nak cuti kat mana?” Tanya isteri saya, anak-anak tengah sibuk bersarapan. 

Saya tarik kerusi di meja makan, minum seteguk air. “Janda baik jom.”

Tanpa banyak fikir, kami sekeluarga buat keputusan untuk berehat di Janda Baik. Sebelum ini biasa dengar orang cerita pasal Janda baik. Ada yang kata best lah, tenanglah, apa lah.

Kitorang memang biasa cuti main terjah je. Time itu nak cuti, time itu lah baru cari tempat nak tidur, time itu lah nak booking itu ini.

Alhamdulilah, kali ini kami pilih Fifty4Ferns sebagai destinasi percutian kami minggu ini!

HERE WE GO!

Perjalanan dari Melaka ke Janda baik ambil masa dalam 2jam30minit. Kami bertolak hari Jumaat (yassir tak sekolah!!)  , jam 9 pagi. 

Rasanya macam dah terlewat, tapi Alhamdulilah ngam-ngam sampai di Janda Baik jam 11 pagi. Sampai-sampai saja perut masing-masing dah bunyi-bunyi. Berhenti makan dekat warung betul-betul depan pintu gerbang Janda baik.

Lepas dah isi perut, ambil gambar sepam dua, kemudian terus bergerak ke destinasi iaitu Fifty4Ferns. Owh, kalau korang nak ke Janda baik, dan bercadang nak isi minyak dekat Genting Sepah. Minta tukar balik fikiran. Sebab Petronas di Genting Sepah tengah renovation, jadi lebih baik isi minyak siap-siap.

Kalau dah terlepas, korang boleh ke depan sikit isi minyak di area bentong ada BHP. Sebelum masuk ke simpang Berjaya Hills.

Dari pintu gerbang ke tempat dituju ambil masa dalam 15 minit. Ceruk juga lah, nak kena masuk ke dalam dan jalan kocik. Kalau bertembung dua kereta, memang masaklah.

Bila masuk lorong kecik itu, keliling hutang saja. Tapi bila dah sampai je di kawasan Fifty4Ferns itu… Walaaaaaa best gila!

Korang tengok dulu gambar-gambar kat bawah ini. Syiokkk… 

Saya bukan nak promote resort ini, tapi terpaksa. Sebab resort ini memang best, tenang, nyaman, dan betul2 back to nature.

Kawasan sangat bersih, orang-orang di dalam resort ini pun membantu. Dan kawasan dia sangat tersusun.

Ada kolam renang, ada sungai, ada tempat memanjat, ada playground, ada mini zoo, ada kafe, ada basikal untuk round-round, boleh memancing dan masak terus.

Boleh dikatakan, kalau datang ke resort ini tak payah keluar. Duduk je lah dalam ini enjouy the mother nature.

Anak-anak kalau pergi bercuti mesti nak cari kolam renang. So.. sampai-sampai saja kitorang terus bersiap mandi kolam renang. Cekeburr!!! amcam ada bunyi macam terjun dalam kolam tak? hahah.

Okay next saya sambung ke Part 2 ya 🙂 

Terima kasih sebab baca dan enjoy!

please follow & share:
0

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Suka artikel di Blog ini? Kongsikan pada orang lain juga :)