Paradigma

Buku Saya

Menulis adalah hobi saya.

Saya akan menulis berdasarkan apa yang saya baca, perhati dan mengkaji. Dari sekolah, apabila ada sesuatu perkara yang saya rasa ada tak kena, cikgu akan mula pening kepala. Pening kepala sebab saya akan bertanya banyak perkara.

Bila dah besar, duit dah ada sikit. Saya akan membeli buku-buku yang luar dari bidang pengajian saya. Saya graduan Akauntan, tapi banyak buku di perpustakaan mini berkaitan agama.

Di bawah ini adalah 4 buah buku yang ditulis dan diterbitkan syarikat yang berbeza-beza.

          

Setakat hari ini yang tengah berjalan jualan ialah buku terbaru tahun ini. Buku “Dan Tuhan Ciptakan Anjing”.

Buku ini ditulis untuk menjentik daya fikir dan emosi masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Buku ini ditulis saya dan sahabat dari Indonesia.

Sebab utama saya menulis buku ini, adalah apabila saya melihat umat Islam di Malaysia sukar menerima perbezaan pandangan dalam hukum feqh. Disebabkan perbezaan ini hubungan antara umat Islam tidak harmoni dan penuh dengan persepsi buruk/ buruk sangka.

Harapan terbesar apabila buku ini berjaya diterbitkan, masyarakat Muslim dapat “Agree to disagree” lebih-lebih lagi dalam soal Feqh. Kita bersatu dalam akidah yang satu, tetapi menghormati perbezaan pandangan.

Untuk yang nak tahu lebih lanjut, dan ingin membelinya. Boleh terus membuat tempahan dari saya atau ke laman web DUBOOK

 

Yussamir / 2 Julai 2018

Facebook Comments

Scroll To Top