Paradigma

JANGAN ANIAYA PELANGGAN – TRIP BORONG CHINA

“Eh kau bukan baru Graduate ke? Dah nak buka Klinik sendiri?” Seorang kenalan nak buka klinik sendiri tanpa ada kerjasama dengan doktor yang berpengalaman.

“Takdelah….mana boleh. Sekurang-kurangnya aku kenalah ada pengalaman 10 tahun barulah nak buka klinik sendiri. Aku acah-acah je… Kalau ya pun aku nak buka, kenalah JV atau berpatner dengan doktor yang berpengalaman. Sebba tu ada undang-undang perkara ini. Kalau tak naya saja pesakit.”  Terang dia pada saya. Kami sama-sama gelak.

Teringat pula saya cerita ini banyak berlaku sekarang. Baru saja tahu buat iklan facebook, terus buat kelas Facebook dengan yuran beribu-ribu. Tak kurang juga, yang baru pertama kali pergi China memborong, sudah berani buka Trip Premium memborong di China.

Saya tak mahu sentuh isu atau bisnes lain. Cuma nak cerita sedikit pasal borong ke China ini dan kes-kes open trip.

Read more

please follow & share:
0

MENJUAL KE CHINA – GANDAKAN KEUNTUNGAN

Semasa saya hadiri satu ‘talk’ dari Co-Founder The Lorry di ILabs Sunway. Antara point penting yang beliau sampaikan “Menjual ke China”.

Ya kenapa tak eksport barang ke China? Takkan kita nak import saja dari China, sedangkan pasaran China lagi besar dari Malaysia.

Sepanjang saya berbisnes di China, saya ada perasan beberapa produk tempatan yang dipasarkan di China. Antaranya Liquid Vape buatan Malaysia. Boleh dikatakan pasaran Liquid Vape sangat besar di China. Ada pelbagai perasa yang ditawarkan, antara yang banyak adalah perasa buah-buahan tempatan 🙂

Di bawah ini ada beberapa perkara yang boleh kita fikir dan saya cadangkan, sebelum nak eksport barang ke China.

Read more

please follow & share:
0

Suka artikel di Blog ini? Kongsikan pada orang lain juga :)

Scroll To Top