Paradigma

ONLINE COACHING

Assalamualaikum & Hai..

Nama saya Yussamir.. Orang Panggil saya Yus, Bro Yus, En Yus, dan macam-macam nama lagi. Tapi biasanya student-student saya panggil Bro Yus. Nampaklah muda sikit, dan pastinya saya tak meniru Syed Saddiq.

Saya adalah Ketua Pegawai Operasi (Ceo) & juga Ketua Pemasaran (Head Of Marketing) di syarikat Khaira Empire Sdn Bhd. Antara tugasan utama saya ialah mengurus dan memastikan pemasaran (marketing) ke semua brand di bawah syarikat berjalan.

Antara jenama yang berada di bawah KESB ialah:

  1. Khaira Wholesale
  2. Labelsendiri
  3. pakarborong
  4. venkostore
  5. Khaira Textile

Kelima-lima jenama ini saling berkait antara satu sama lain, tetapi berdiri sendirian. Jadi, tugas saya ialah memastikan kelima-lima jenama ini mendapat pemasaran yang terbaik.

Sepanjang menguruskan pemasaran (marketing), saya berjumpa dan mendapat pelbagai informasi, dan cara yang terbaik  untuk mengurusan pemasaran online.

Antara guru utama Facebook saya ialah Facebook itu sendiri. Ramai tahu, tapi tak ramai sanggup habiskan masa mengadap Facebook Blueprint untuk belajar bagaimana membuat facebook ads yang berkesan.

Begitu juga dengan Instagram dan google. Setiap dari channel ini telah menyediakan tool untuk sesiapa saja belajar. Tetapi tak ramai sanggup habiskan masa berjam-jam di depan laptop dan bereksperimen sendiri.

Bezanya saya. Saya sanggup berhabis masa untuk mendapatkan terus ilmu-ilmu pemasaran online tesebut terus dari sumber utama. Kemudian saya bereksperimen sendiri pada jenama-jenama saya.

Alhamdulilah. Sudah 3 tahun saya belajar dan bereksperimen. Kemudian cuba mudahkan dan ringkaskan semua pengalaman dan ilmu untuk dikongsi dengan orang lain.

Setakat hari ini, saya hanya ajarkan ilmu-ilmu ini melalui Personal Coaching Online Marketing yang dibuat di ofis KESB saja. Setiap sesi terhad kepada 5 orang student. Kelas yang kecil lebih mudah faham dan lebih fokus.

Kelas ini akan diajar teori dan praktikal. Dari perkara Asas Online Marketing, sehinggalah membuatkan ads sendiri. Pelbagai teknik dan tips akan diperturunkan, agar mampu membuat ads yagn kencang dan padu.

Apa yang boleh saya katakan, student saya mampu membuat ads bermodalkan RM10 sehari, mendapat lebih 400 komen dalam masa 5 hari.

Bahkan ada yang membuat iklan tanpa membayar kos iklan, mendapat lebih 1 juta reach secara organik!

Kelas saya ekslusif.. Saya mencari orang yang serius dan mahu bertindak segera. Kelas saya bukan kelas teori semata. Saya mengajar dalam masa yang sama saya sendiri buat.

Apa yang akan anda dapat dari kelas saya ini?

Tonton Video di bawah ini. Anda akan tahu jawapannya.

 

 

 

BERMINAT UNTUK SERTAI ONLINE COACHING SAYA?

KELAS AKAN DATANG:

  • 11 OGOS 2018
  • HARI SABTU
  • 10 PAGI – 5 PETANG
  • YURAN KEBIJAKSANAAN RM150/SEORANG
  • KELAS TERHAD KEPADA 5 ORANG SAJA

HUBUNGI ADMIN SAYA >> klik sini

 

 


Facebook Comments

Scroll To Top