Paradigma

Siapa Saya

Saya bukanlah siapa-siapa. Saya adalah seorang lelaki yang sudah melangkau usia 30-an. Seorang Muslim,seorang suami dan bapa kepada 3 cahaya mata.

Kehidupan sebagai seorang usahawan, membuatkan saya terfikir untuk berkongsi rasa dan ilmu melalui penulisan. Saya pernah aktif menulis sekitar tahun 2010-2012, kemudian terhenti kerana komitment kerja dan keluarga.

Pernah juga berkali-kali untuk aktif di blog, tetapi macam-macam halangan ada. Alhamdulilah, walaupun tidak sempat untuk aktif berblog seperti dulu, sempat juga siapkan 3 buah buku bergenre agama, motivasi dan cinta.

Sedikit pasal saya: Strategis untuk 5 Jenama Syarikat. Iaitu Khairawholesale, PakarBorong, LabelSendiri, venko, dan Khaira Textile.

Saya sudah berkecimpung dalam dunia keusahawan lebih 8 tahun. Menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Mematang diri, dan juga keluarga.

Pernah aktif dan bergerak secara langsung dalam dunia penulisa di media massa dan sebagai Speaker Talk Perbandingan agama (kepakaran saya Islam – Kristian).

Kali ini, saya cuba kembali semula. Mencurah kata melalui penulisan, menggambarkan rasa melalui bacaan. Semoga tulisan-tulisan di blog ini, mungkin berbagai genre dan isu akan dikupas, mendapat manfaat kepada semua dan diri saya sendiri.

selamat membaca πŸ™‚

Facebook Comments

Scroll To Top